22 October 2021

INIKAH WAJAH ISTERI FIZO?



Sebuah akaun Instagram dipercayai milik individu bernama @fazeeranazriaz mencetuskan teka-teki netizen apabila dipercayai dia kemungkinan isteri baharu kepada pelakon Fizo Omar.

Meskipun dia hanya berkongsi dua keping gambar, namun akaun yang tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai itu dilihat meletakkan foto Fizo berbaju Melayu putih di profil utamanya.

Agak meyakinkan netizen terdapat juga sekeping foto seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya sedang menyarungkan cincin di jari manis wanita berkenaan.

Oleh yang demikian, ramai yang meneka kemungkinan wanita ini adalah isteri Fizo melihat melalui gaya laman sosialnya yang seakan bersungguh.

"'Syukur' dan 'Alhamdulillah', " tulis pemilik akaun berkenaan secara ringkas namun penuh erti.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ruangan komen kedua-dua foto berkenaan telah ditutup.

Akaun itu juga menggunakan nama Fizo Faz dan hanya mengikuti akaun milik usahawan dan pelakon lelaki itu.

Untuk makluman, Fizo semalam telah memuat naik foto dirinya memakai baju Melayu putih lengkap bersongkok dengan caption: "Okey Abe Joe Ieft group recond dulu okey. Apa-apa roger ok."



Menariknya, ada beberapa pengguna yang mendedahkan identiti wanita terbabit yang didakwa berasal dari Sarawak dan bekas pramugari syarikat penerbangan terkenal antarabangsa.

Namun ada juga yang mendakwa akaun media sosial itu palsu (fake) kerana yang asli dikatakan private.

Untuk imbasan, Fizo pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Harapan peminat dan warga maya, Fizo dapat memberikan respon kepada mereka jika benar telah berkahwin agar cakap-cakap sembarangan tidak terus berpanjangan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: