21 October 2021

"TIADA NIAT APA-APA PUN..." - SHUK MOHON MAAF, JANJI AKAN LEBIH BERHATI-HATI



"Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak... bukan saya seorang sahaja. Saya risau juga kalau saya tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan kepada pihak lain.

"Tapi bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun. Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan.

"Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik," itulah kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang memohon maaf kepada semua pihak dan turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

Klik untuk gambar besar



Susulan nama terpalit dengan isu babak panas dalam temubual melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, Shuk memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan perkara berkenaan berpanjangan. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, dia tidak berniat melarikan diri daripada masalah itu, sebaliknya enggan tersalah cakap yang hanya mengeruhkan keadaan.

Shuk dikecam disebabkan netizen mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya. Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak panas tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: