21 October 2021

SITI NORDIANA AKUI HILANG JOB, FOLLOWERS IG DEK DIFITNAH LIMA SEKAWAN



"Selain buat reviu berbayar, saya ada show menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada job yang dibatalkan berpunca daripada kes ini. Tapi saya tak tahu sangat (maklumat lengkap) sebab semua job yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya.

"Terdapat penurunan followers saya di Instagram disebabkan oleh kes ini," demikian kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana yang mendakwa tindakan lima individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah telah menjejaskan reputasi.

Menerusi prosiding berlangsung semalam, Siti Nordiana memberitahu mahkamah pendapatannya terjejas susulan hilang tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan. Malah, Siti Nordiana memaklumkan dia kehilangan ramai pengikut di Instagram sepanjang kontroversi kes berkenaan.

Terdahulu, Siti Nordiana sebagai plaintif berkata pihaknya dan kelima-lima defendan gagal mencapai kata sepakat ketika sesi mediasi yang diadakan pada Selasa lalu. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai terma-terma dan butiran terperinci yang menjadi punca kegagalan mediasi tersebut.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: