21 October 2021

TYA ARIFFIN & SUAMI TUNAI UMRAH: "KEPERGIAN INI SEPERTI REZEKI BULAN KELAHIRAN..."



Anak tiri penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dan isteri selebriti Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin baru-baru ini telah berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi laman Instagram, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin menggangap peluang melakukan ibadah tersebut sebagai rezeki sempena bulan kelahirannya.

"Bismillahirahmanirrahim, Insya-Allah lagi satu jam Tya akan bertolak ke Jeddah dan meneruskan perjalanan umrah. Tya mohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja...

Klik untuk gambar besar



"Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, Masha-Allah. Doakan Tya dan suami dipermudah umrah hingga kembali lagi ke tanah air," tulisnya yang memuat naik rakaman video perjalanannya dari rumah hingga ke lapangan terbang.

Pemergiannya ke Tanah Suci itu diraikan oleh ramai ahli keluarga serta rakan-rakannya yang menanti di lapangan terbang. Bagaimana pun Tya terpaksa meninggalkan dua cahaya matanya Ariff Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa yang baru berusia tiga tahun.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan ini mendoakan agar ibadah dan perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: