23 October 2021

BERGAMBAR DENGAN ASHRAF MUSLIM - MAWAR KARIM AWAL-AWAL LAGI NAFI YANG 'KETIGA'



"Yalla yalla Hajj @ashrafmuslim Ana la thlatha 😂," tulis usahawan Mawar Karim, 32, pada gambar dia bersama pelakon Ashraf Muslim, 40, di Makkah yang dimuat naik di laman Instagram.

Meskipun sudah meletakkan keterangan gambar dalam bahasa Arab, 'ana la thlatha' yang bermaksud 'saya bukan yang ketiga', nampaknya foto terbabit mengundang pelbagai komen dan reaksi pengikutnya di Instagram apabila ada yang masih berburuk sangka menerusi komennya.

'Saya bukan yang ketiga' itu juga bagi merujuk dia bukanlah isteri ketiga Ashraf yang kini beristeri dua. Mawar yang juga bekas isteri pelakon Fizo Omar itu turut menjawab satu komen mempersoalkan kenapa dia bergambar dengan Ashraf yang juga suami orang: "Ada tuliskah dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?" balasnya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, dia dan Ashraf yang ketika ini menunaikan umrah di Makkah terserempak di sana. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar ibadah Mawar dipermudahkan. Malah, mereka turut mendoakan dia pula bertemu jodoh selepas Fizo melangsungkan pernikahan, kelmarin.

Sebelum ini, Fizo, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, dalam majlis tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: