11 October 2021

BERSALIN DIUSIA 41 MINGGU - NURUL SYUHADA NURUL AIN DEDAH NAMA ANAK KE-4, 'RAJA AASIYA AMAAL'



Menerusi muat naik di laman Instagram, pengacara dan personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain telah mendedahkan nama anak keempatnya yang merupakan seorang bayi perempuan. Difahamkan, Syuhada selamat melahirkan anak bongsunya itu secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu.

Bekas pengacara program, Mingguan Wanita ini bersama suaminya, Raja Amir Syah Raja Azwa telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu 'Raja Aasiya Amaal'. Malah, menerusi hantaran tersebut juga, Syuhada turut memaklumkan dia sekeluarga telah pun menjalankan majlis aqiqah dan cukur jambul bersempena genap seminggu kelahiran cahaya mata perempuannya itu.

"Raja Ahmad would like to announce the end of his reign as the youngest child! And today is day 7 and Alhamdulillah we performed the offering of Aqeeqah, shaved her head and named her, Raja Aasiya Amaal. Alhamdulillah," kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Raja Aasiya membesar menjadi anak yang solehah serta penyejuk hati ayah dan ibu.

Klik untuk gambar besar



"Tahniah Syuhada dan hubby atas kelahiran baby comel. Semoga membesar sebagai anak solehah dan penyejuk mata kedua ibu bapa. Didoakan juga moga dikurniakan kesihatan yang baik buat mommy dan baby.

"Sedap nama Aasiya Amaal. Selamat berpantang Nurul. - "Alhamdulillah, bismillah masyaAllah. What a beautiful name. Selamat berpantang mommy.

"MasyaAllah she is gorgeous. Congratulation again Syud and hubby. - "Alhamdulillah, tahniah sis," antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Untuk makluman, Syuhada dan suaminya, Raja Amir Raja Azwa telah mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini kini sudah dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar, Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan) serta anak lelaki, Raja Ahmad Syah dan anak perempuan, Raja Aasiya Amaal.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: