11 October 2021

ISTERI 'UNFOLLOW' SHUK?: "ANUGERAH PENIPU TERHEBAT JATUH KEPADAMU..."



"Oh, and the award for the best liar goes to you (oh, dan anugerah untuk penipu terhebat jatuh kepadamu). For makin' me believe that you could be faithful to me (kerana membuatkanku percaya yang kau boleh setia terhadapku)," itulah antara bait lirik yang seakan menggambarkan isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera cuba meluahkan isi hatinya.

Selepas beberapa hari sekali lagi membuat pendedahan tentang kecurangan suaminya, Sera nampaknya terus memberi bayangan tentang konflik rumahtangganya yang semakin parah.

Menerusi InstaStory, Sera berkongsi beberapa klip muzik lagu berkisarkan tentang kecurangan dan hubungan yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu, berkongsi klip muzik pendek lagu berjudul 'Tapi Bukan Aku' nyanyian Kerispatih dan 'Take A Bow' dendangan Rihanna.

Tanpa menujukan hantaran lirik lagu nyanyian Rihanna itu kepada sesiapa, namun Sera seperti memberi isyarat bahawa rumah tangganya masih berdepan kesulitan meskipun Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar cuba menafikan perkara tersebut.

Klik untuk gambar besar



Lebih menguatkan keyakinan ramai, Sera yang berasal Sabah itu dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Terdahulu, Sera menerusi InstaStory mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya meroyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.

Sabtu lalu, Sera meluahkan kekecewaan menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya yang masih belum berpenghujung.

Apa pun, semoga mereka dapat menyelesaikan masalah ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: