11 October 2021

"I SERIK, MEMANG AKAN BERHATI-HATI PILIH..." - PENERBIT TAKKAN IKAT JAMIN, TERPAKSA GUGURKAN



"Sebenarnya babak Niezam satu dua saja, tak banyak, sangat sikit. Saya dah inform lepas habis boleh terus balik, tapi ye lah semua ni di luar jangkaan, dia still di Kuala Kangsar. Dia masih stay dekat homestay kami shooting, dengan pengarah dan kawan baiknya together do the same thing.

"Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini. Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

"Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai," kata penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri yang mengakui terkilan dengan tindakan pelakon Niezam Zaidi dan dua kru telefilem terbarunya selepas mereka ditahan positif dadah.

Dia terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam. Syafiqa berkata, pihak produksi turut berasa terkilan apabila pengarah dan penolong pengarah yang sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus. Menurut Syafiqa, dua nama yang digugurkan akan digantikan dengan indvidu lain yang lebih layak mengalas tugas terbabit.

"Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika. Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi. Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur," jelasnya.

Dalam pada itu, Fiqa juga akui kecewa apabila usahanya untuk membantu pengarah tersebut membuat 'comeback' di balas dengan kejadian sebegini. Tambahnya, dia juga akan mengambil langkah berhati-hati untuk memilih barisan pelakon dan pengarah untuk drama pada masa akan datang.

"Saya pilih dia sebab nak dia buat comeback. Tak tahu pula dia terlibat dengan benda-benda ni lagi. Dia bagus untuk teruskan show ni, lagi pun show ni legend punya show. Kita ada reason kenapa pilih dia. Bila jadi macam ni I serik, memang akan ganti pengarah dan I tidak akan ambil lagi dia, kawan baiknya dan pelakon itu.

"Untuk future drama, kami memang akan berhati-hati pilih pelakon, pengarah. Buat masa ini kami serahkan sepenuhnya pada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. I takkan ke sana, ikat jamin ke apa. Kita dah bagi dia peluang untuk kerjasama tapi dia pula buat macam tu. Tak kot takkan ambil dah kot," ujarnya ketika dihubungi media.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: