11 October 2021

BILA IQBAL TAWAR BAJET SERENDAH RM500,000, CARI ORANG BOLEH CIPTA LAGU



"Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja," tulis bekas pembantu peribadai jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli menerusi satu perkongsian di Insta Story.

Kali ini bukan lagi kisah cintanya dengan Vida, pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Namun tidak dimaklumkan untuk tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu serta menawarkan bayaran setengah juta itu atau mungkin Iqbal mahu menceburi bidang nyanyian pula seperti Vida.

Klik untuk gambar besar



Sejak bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai kisah percintaan antara Vida dengan Iqbal yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: