11 October 2021

TAMPIL DENGAN RAMBUT PERANG - FASHA SANDHA DIKRITIK



"Di atas permintaan pengarah, kena potong rambut pendek. Bermulalah perjalanan saya sebagai Hanim untuk Khilaf Asmara," tulis pelakon Fasha Sandha pada ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya dengan memuat naik video yang menampilkannya memotong rambut di sebuah salon.

Dalam video tersebut, Fasha dilihat bukan hanya memotong rambut, malah pelakon yang popular dengan drama 'Scammer' itu turut mengubah warna rambutnya.

Menerusi perubahan tersebut, Fasha menerima maklum balas positif daripada peminat dan juga rakan artis. Maklumlah, sejak menempa nama sebagai artis, rambut panjang berwarna hitam merupakan gaya signatur buat dirinya sejak sekian lama.

"Nampak muda mama," komen produser popular Fadzil Teh meninggalkan komennya di video berkenaan.

"Cantik ibu," komen pelakon Elizad Sharifuddin sambil meletakkan emoji tanda suka.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, rata-rata peminat turut memuji penampilan Fasha yang dianggap semakin muda dan segar.

"Rambut pendek nampak lagi cantik dan nampak muda," tulis pengikutnya.

Begitupun, lain pula cerita ketika suaminya iaitu pelakon Aidil Aziz berkongsi gambar swafoto yang diambil bersamanya. Menerusi ruangan komen, terdapat pula komen yang mengkritik penampilan baharu Fasha itu.

"Warna tak kena dengan muka. Dia cantik rambut hitam," tulis seorang pengguna menerusi gambar yang dikongsikan oleh Aidil.


Bagaimanapun, komen tersebut menerima balasan yang agak banyak daripada beberapa orang peminat Fasha.

"Ini untuk drama baharu Fasha lah kak..." terang seorang peminat.

"Kesianlah kat mereka jenis orang yang tak tahu apa-apa ni. Main kecam sahaja. Sebab watak dia bawa lah dia kena tukar warna tu, baru sesuai. Apalah masalah mereka ni," ujar seorang lagi pengikut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: