11 October 2021

ISU DADAH - NIEZAM ZAIDI PULA DIPETIK, SIAP ADA BUKTI?



Isu penahanan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun bersama pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan ketika ini sedang hangat diperkatakan.

Dek kerana itu, netizen telah memetik beberapa nama artis lelaki sehingga menimbulkan fitnah. Antara nama yang dipetik adalah pelakon Syafie Naswip hanya kerana dia ada melakukan penggambaran di Perak. Bagaimanapun, Syafie telah tampil menafikannya.

Terkini, seorang lagi pelakon yang sering memegang watak pelakon aksi, Niezam Zaidi turut dipetik terlibat dalam kes ini selepas tersebar gambar yang menunjukkan maklumat peribadi dirinya di WhatsApp.

Klik untuk gambar besar



Netizen mula cari kepastian di ruangan komen Instagram Niezam. Setakat ini, pihak polis masih belum mendedahkan siapa 3 orang filem yang ditahan dan diharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Pihak polis mendapati suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol dan penolong pengarah didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: