11 October 2021

JAWAB TUDUHAN 'LEPAS TANGAN' - ALI AKUI ARWAH IBU TAK SEMPAT JUMPA ANAK ARWAH ABAM



"Mak dah tak kisah. Mak dah tak heran. Mak tak dapat tengok pun tak apa lah. Kalau kata mak pergi nanti pun, mak tak dapat tengok pun mak reda. Untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau ni tak kahwin," demikian kongsi pelawak Ali Puteh yang memberitahu arwah ibunya sampai satu tahap iaitu sebulan sebelum meninggal dunia, telah meluahkan isi hati.

Menurut Ali, arwah ibunya itu tidak ada berjumpa langsung dengan anak kepada arwah abangnya, Abam Bocey. Malah kata Ali, sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan lagi mereka untuk bertemu. Memetik laporan Melodi, Ali Puteh meluahkan rasa syukur urusan pengebumian ibu berjalan lancar. Dia sebagai seorang anak, reda dengan pemergian itu.

Pada 1 Oktober lalu, arwah ibu Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit.

Kata Ali lagi, arwah ibunya terpaksa menganggap arwah Abam tidak meninggalkan zuriat kerana tidak mahu terlalu risau dan menanggung rindu. Mereka hanya mampu mendoakan semoga dia baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar



Ketika ditanya mengenai kemelut sehingga tidak dapat berjumpa anak saudara, Ali berkata sebagai bapa saudara dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Ali turut menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia lepas tangan terhadap zuriat yang ditinggalkan arwah Abam. Dalam masa sama, wartawan turut mendapatkan respon Hidayah namun dia menolak untuk memberikan sebarang komen.

"Orang cakap saya lepas tangan, orang cakap saya tak tengok, tak berikan nafkah apa semua. Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham. Kita tengah urusan mahkamah. Orang kata faraid dah selesai, orang kata hukum di mahkamah dah selesai. No.. belum selesai," ujarnya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: