11 October 2021

SYAFIE NASWIP NAFI KENA TANGKAP DAN TERBABIT DADAH



"Salam semua. Ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya, since saya shooting di Kuala Kangsar baru-baru ini.

"Jawapannya tidak. Ada beberapa produksi drama lain yang turut shooting di sana," demikian kongsi pelakon Syafie Naswip apabila namanya turut terkena tempias berikutan kes penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

"Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi," tambahnya melalui IG.

Untuk info, semalam berita melaporkan pelakon lelaki berusia 29 tahun, pengarah dan penolong pengarah ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Klik untuk gambar besar



Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, pelakon dan pengarah tersebut positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol. Manakala, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Kesemua mereka berada di dalam bilik berasingan ketika serbuan dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Sumber: Instagram syafienaswip

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: