11 October 2021

BILA ERRA FAZIRA DIDAKWA KAHWIN SEMBUNYI DENGAN MENTERI



"Apooooo.. tak habis2 cerita pasal kawin niiii 🤪🤣 Anyway, people loveeee to talk, so let them have fun taking 🤨," demikian luah Erra Fazira apabila mendakwa difitnah sudah berkahwin sebagai isteri kedua.

Semuanya bermula apabila terdapat perkongsian di Twitter seorang netizen yang mendakwa dan mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada seorang ahli politik tahu tentang perkahwinan itu atau tidak.

Ini kerana, sejak semalam heboh kononnya netizen itu berkongsikan khabar angin mendakwa pelakon dan penyanyi tersebut kini bergelar isteri kedua kepada ahli politik itu.

Klik untuk gambar besar



Bertabah la Erra, mulut manusia memang susah nak kawal... tambah-tambah melibatkan artis popular macam Erra. Tak gitu?

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Selanjutnya, Erra mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, 12.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: