11 October 2021

ALAMI TEKANAN DARAH TINGGI - ZUL ARIFFIN KINI BEREHAT DI RUMAH



"Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut.

"Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah," demikian kata pengurus Zul Ariffin, Afdal Shahizad yang memaklumkan pelakon itu telah dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami tekanan darah tinggi, pada petang, semalam.

Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang. Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan: "Rest jap," tulisnya ringkas.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: