17 October 2021

BERSUMPAH TIDAK TAHU KEDATANGAN - IQBAL NAFI DAKWAAN VIDA KENA SANTAU, TAPI PENAT



"Kenapa saya perlu bagitahu di media sosial tentang Vida datang rumah tanpa pengetahuan saya? Sebelum ia diputar belitkan lebih baik saya bagitahu awal-awal. Jika ada yang rasa itu lakonan atau marketing, silakan. Saya berani bersumpah langsung tidak tahu kedatangan beliau," katanya.

"Saya terlalu penat untuk melayan drama ini semua, Sekarang beliau katakan seolah saya disantau serta terkena buatan orang dan meminta saya untuk berubat. Bukan disantau, saya penat," kata usahawan Iqbal Zulkefli menerusi Instagram Story miliknya.

Dalam entri tersebut, Iqbal tampil menjelaskan mengapa dia perlu memberitahu kehadiran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya pada 3 pagi semalam adalah tanpa pengetahuannya.

Klik untuk gambar besar



Jelas Iqbal, dia kini mahu mengambil langkah berjaga-jaga dan berterus terang mengenai kejadian sebenar sebelum ada pihak cuba memutar belit fakta.

Jelasnya, dia juga akui telah penat untuk melayan drama yang menyelubungi dirinya sejak dua menjak ini. Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia terkejut dengan kedatangan Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

Kata lqbal, tindakan Vida seakan-akan menceroboh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: