17 October 2021

BABY SHIMA DIKECAM PUNYAI 'TATU' DI DADA?



"Bagi saya, bertatu nampak cantik, tetapi saya enggan cakap berlebihan. Biarlah netizen menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun tetap tidak diterima netizen. Jadi, saya buat apa yang saya suka. Apa yang penting, saya tidak kacau hidup orang lain," itulah jawab penyanyi Baby Shima, 29, apabila dirinya tidak berhenti menerima kecaman selepas didakwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada.

Kecaman tersebut diterima bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang, Indonesia itu selepas dia memuat naik hantaran gambar serta videonya bersama selebriti media sosial, Ammar Nazhan dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan, malah terus membiarkan netizen untuk membuat spekulasi. Sementara itu, mengulas perancangan kerjaya di Indonesia selepas penularan COVID-yang semakin reda, Shima berkata, dia masih menunggu pintu sempadan dibuka.

Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu berkata, dia bukan sekadar mahu menyambung perancangan kerjaya nyanyian yang tergendala, malah sudah hampir dua tahun tidak menjenguk rumahnya.

Klik untuk gambar besar



"Jujurnya, saya mahu pulang ke Indonesia secepat mungkin. Saya masih menunggu Indonesia membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia masuk. Saya akan mengeluarkan single ciptaan Pasha Ungu untuk pasaran Indonesia, namun semua tergendala disebabkan penggambaran video muzik tidak dapat dilakukan.

"Saya terpaksa tunggu pulang ke Jakarta untuk menyiapkannya. Ini kerana Pasha sendiri akan mengarahkan video muzik berkenaan. Saya tidak tahu apa yang terjadi pada rumah apabila hampir dua tahun ditinggalkan tanpa penghuni," katanya yang kini sibuk menyiapkan kerja terbengkalai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam perkembangan lain, bekas finalis program D'Academy Asia musim ketiga itu juga sedang membuat persiapan memasuki studio merakamkan empat single ciptaan Ezra Kong, Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 pada bulan depan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: