17 October 2021

MATHNI RAZAK BUAT LAPORAN POLIS - DITIPU PENYEWA BILIK MENYAMAR 'POLIS'?



"Saya dah buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat lalu. Individu itu menipu saya dan isteri, kononnya meminta kami menyediakan ruang dan kelengkapan seperti katil dua tingkat, loker, dapur, WIFI dan sebagainya untuk 10 penyewa.

"Namun, selepas kami keluarkan duit dan siapkan semua kelengkapan, tak ada penyewa pun yang masuk dan dia yang sempat menyewa selama dua bulan di situ juga melarikan diri. Lebih parah, dia juga membuat pinjaman daripada 'lintah darat' (ceti haram) dan saya pula yang dihubungi oleh 'lintah darat' itu yang menuntut hutang dibuatnya," katanya kepada Harian Metro.

"Apabila saya dan isteri ke IPD Kajang, kami bertanya sama ada dia adalah pegawai polis yang bertugas di situ. Namun, tidak wujud. Apabila diselidik, dia adalah bekas pengawal keselamatan yang menyamar sebagai pegawai polis. Pada awalnya, individu ini menghubungi isteri saya dan memaklumkan bahawa dia ingin menyewa premis kami untuk 10 rakan-rakannya.

Klik untuk gambar besar



"Dia meyakinkan kami bahawa dia adalah pegawai polis dan kami juga tidak mengambil bayaran pendahuluan memandangkan turut meletakkan kepercayaan kepadanya. Namun, selepas beberapa bulan, tidak ada penyewa pun yang datang. Malah, dia pun masuk menetap di bilik yang disediakan itu selama dua bulan.

"Setiap kali meminta bayaran sewa, dia akan beri pelbagai alasan yang tak masuk akal," kata pelakon Mathni Razak yang membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan penipuan terhadapnya baru-baru ini.

Mathni ketika dihubungi berkata, penipuan membabitkan bilik yang disewakannya di Kajang itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian beberapa ribu ringgit. Menurut Mathni, individu itu juga menyamar sebagai pegawai polis dan kononnya berpindah dari Ipoh, Perak ke IPD Kajang.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: