17 October 2021

RIZALMAN NAIKI JET PERIBADI SENDIRI BERSAMA ANAK KE LANGKAWI?



Baru-baru ini tular di media sosial mengenai percutian pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelaki ke Langkawi apabila keberangkatan mereka ke pulau terkenal itu menaiki jet peribadi.

Ia lebih menjadi bualan hangat pada kalangan netizen apabila jet peribadi dinaiki Rizalman dan keluarganya itu didakwa adalah milik sendiri. Malah, rata-rata warganet yang menonton perkongsian beberapa video dari sebuah akuan Facebook itu berasa sangat kagum.

Malah, kebanyakan netizen yang meninggalkan komen juga menyifatkan Rizalman mempunyai keperibadian diri yang tidak sombong dan baik hati. Bahkan, rata-rata wargamaya ini juga mendoakan kesejahteraan buat ahli perniagaan itu di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, netizen turut luah rasa bangga dengan kejayaan anak Melayu seperti Rizalman yang berjaya menepis dakwaan kurang manis berkaitan orang Melayu yang kononnya 'tak rajin berusaha'.

"Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan di akhirat," tulis seorang warganet.

Klik untuk gambar besar



Menurut seorang lagi warganet, orangnya (Rizalman) baik, suka bersedekah. Banyak amalan baiknya tidak ditunjukkan seperti membantu sekolah tahfiz, anak yatim dan golongan memerlukan.

"Meraikan hari jadi di Langkawi bersama keluarga. Tahniah, semoga terus berjaya dan sihat sejahtera. Sesungguhnya, Allah sentiasa memberkati orang yang baik," tulis netizen.

Ketika percutian itu, Rizalman juga difahamkan menginap di sebuah villa mewah serta beliau juga berkongsi beberapa aktiviti riadah dilakukannya seperti berbasikal bersama seorang anaknya.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan komen Rizalman mengenai percutiaan istimewanya dan jet peribadi itu tidak berhasil apabila kiriman mesej kepadanya tidak dibalas.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: