18 October 2021

BILA AKSI NELYDIA PEGANG SUAMI FAZURA TERIMA TEGURAN



"Fazz tak jealous ke pegang-pegang."

"Tak perlu kot bergambar rapat-rapat macam tu.. fikirlah perasaan Fazura.. huhu."

"Rasanya kalau Nelydia posing tak pegang-pegang Fattah lagi okay kot. Masing-masing bukan berstatus bujang. Pandai-pandai lah jaga diri."

Itulah antara komen-komen netizen selepas melihat gambar yang dimuat naik oleh pelakon Fasha Sandha di laman Instagram dimana memaparkan Nelydia Senrose memegang suami kepada Nur Fazura, Fattah Amin.

Gambar berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga mendakwa Nelydia tidak menjaga batas seorang isteri serta mempersoalkan mengapa memegang suami orang. Difahamkan, mereka bertiga bergandingan dalam sebuah drama terbaru berjudul 'Khilaf Asmara'.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Nelydia supaya lebih sensitif dan menjaga batas pergaulan terutama dengan rakan artis. Dalam pada itu, ada juga yang menasihati Fasha supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk dikongsikan kerana bimbang boleh mengundang fitnah.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: