18 October 2021

GEMPA BUMI DI BALI - NOURUL BERSYUKUR KEDIAMAN JAUH, KELUARGA SELAMAT



Semua mengetahui mengenai penyanyi Nourul Depp bersama keluarganya yang berhijrah ke Bali, Indonesia pada 19 September lalu.

Namun baru-baru ini, ada berita memaklumkan gempa bumi berukuran 4.8 skala richter telah melanda Banjar Wanasari, Bali, Indonesia, Sabtu lalu sehingga menyebabkan tiga terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera.

Nourul ketika dihubungi berkata, dia pada awalnya tidak tahu menahu mengenai gempa bumi yang berlaku itu.

Ibu kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana lokasi kediamannya terletak jauh daripada kawasan tersebut.

Tambah Nourul, dia dan keluarganya juga berada di dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.

Klik untuk gambar besar



"Saya pada awalnya tak tahu pun mengenai gempa bumi itu sehinggalah dimaklumkan oleh sahabat handai serta rakan-rakan media.

"Alhamdulillah, kami semua tak ada apa-apa. Semua okay. Lokasi gempa bumi itu di timur laut Banjar Wanasari, jauh dari kediaman kami. Tempat tinggal kami sekeluarga di kawasan Canggu dan memang jauh daripada lokasi gempa bumi itu," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: