27 October 2021

BILA USTAZ EBIT LEW BAWA KELUARGA BERCUTI KE PARIS PULA



"Alhamdulillah syukur pada Allah. Sambung cuti ke Disneyland Paris," demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi muat naik di laman sosial miliknya.

Ebit Lew dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa apabila membawa keluarganya bercuti ke Paris pula selepas makan angin ke Switzerland, meskipun terpalit dengan kontroversi panas.

Melihat pada perkongsian tersebut, Ebit Lew sangat gembira menghabiskan masa bersama keluarga dengan membawa keluarganya ke Disneyland.

Dalam masa sama, Ebit Lew turut menitipkan nasihat supaya mengutamakan keluarga kerana doa anak-anak adalah anugerah terbesar apabila kita sudah tiada nanti.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, Ebit Lew juga berkata ciptalah kenangan bersama keluarga kerana meggembirakan keluarga juga adalah sunnah Nabi Muhammad.

"Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada. Doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar. Berillah masa untuk anak-anak. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Masa ini akan berlalu.

"Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti. Menggembirakan keluarga sunnah Baginda Nabi Muhammad Solallahu alaihi wasallam," katanya.

Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada neteizen yang turut mendoakan dipermudahkan perjalanan serta kesejahteraan ketika bercuti.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: