28 October 2021

JIWA YANG KAU PUJA ‘THE HOTEL 2’, PENUH SUSPEN & DRAMATIK



Gara-gara sambutan hangat musim terdahulu. Pelakon utama 'The Hotel' seperti Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly dan Dini Schatzmann kembali beraksi bagi meriahkan musim terbaharunya yang dihangatkan dengan adegan penuh suspen.

Drama rantaian ‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah romantik thriller berjudul ‘The Hotel’ yang mengangkat tentang isu kesihatan mental mengenai pembunuh psikopat terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd.

Menerusi paparan 18 buah episod, kesinambungan bahagian kedua bakal menampilkan konflik dan unsur plot twist lebih suspen dan dramatik yang dikembangkan daripada jalan cerita musim pertama.

Klik untuk gambar besar



Idea asal sekuel ‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ diilhamkan oleh penerbit dan pengarah prolifik, Michael Ang dan diarahkan oleh sutradara Nur Ain Sharif. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Rahim Ramli, Michelle Yoon, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.

‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ akan ditayangkan menerusi slot Megadrama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 27 Oktober 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: