28 October 2021

"SQUID SEBENAR"... KOMEN NETIZEN PADA KOSTUM ALA 'SQUID GAME' VIVIANA UNTUK HALLOWEEN



Nampak meriah apabila personaliti media sosial dan pengacara Viviana Abdullah, awal-awal lagi telah bersiap sedia dengan kostumnya kononnya mahu menyambut sambutan Halloween pada tahun ini.

Apa yang menarik perhatian, idea kostumnya itu diambil daripada siri popular Korea Selatan, patung Squid Game. Gambar tersebut dimuat naik oleh Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud di laman sosialnya.

"HALLOWEEN kan dh dekat, kite post kan lebih awal yer," tulisnya sambil memberi kredit pada pereka Rizman Ruzaini.

Namun apa yang kelakarnya, ada segelintir pelawat IGnya berpendapat penampilan Viviana itu lebih seram daripada patung Squid Game yang asli.

Klik untuk gambar besar



"Cuba pusingkan kepala Kak Vii boleh tak? Lagi seram yang ni daripada dalam Squid Game," usik mereka berseloroh.

"Squid sebenar," komen yang lain pula.

"Ni kalau tak mati kena tempat, mati kena carut je," tambah mereka dipetik komennya. "Orang Islam boleh sambut haloween ke?" tanya salah seorang daripada netizen di laman lain pula.

Ha ha... Sabar je la..!

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: