"Hari ni hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
"Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.
"Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
"Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
Klik untuk gambar besar
"Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya Allah.
"Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad," kongsi Azmi Saat mengenai keadaan isterinya yang masih bersedih.
Ayuh doakan moga mereka berdua terus tabah menghadapi ujian Allah itu.
________________________
No comments:
Post a Comment