16 October 2021

"BUKAN SEORANG PELAWAK UNTUK MENJURI..." - UQASHA AKUI TERUJA JADI JURI MLM 2021



"Assalamualaikum.. Firstly Qasha (Uqasha) nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan pada Qasha untuk menggalas tugas sebagai juri tetap untuk program yang cukup hebat ni.. Bertahun-tahun Qasha memang pengikut setia Maharaja Lawak. Tak pernah miss because I enjoy the show and rasa sangat terhibur dengan peserta-perserta yang hebat-hebat belaka..

"This year I'm one of the juries.. I'm super excited dan can't wait to see all of our contestants berikan yang terbaik. Dan Qasha bukan seorang pelawak untuk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dalam bidang Qasha tapi sebagai mata-mata penonton dan sebagai seorang pelakon, Qasha nak terhibur and gelak dengan pelawak-pelawak otai kita.

"Kalau kelakar kita gelak," itulah kata pelakon Uqasha Senrose yang mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lawak apatah lagi penjurian, namun dia tetap teruja menggalas tanggungjawab baharu yang diberikan kepadanya iaitu sebagai salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021).

Klik untuk gambar besar



Apabila dilantik menjadi salah seorang juri tetap dalam MLM 2021, tunang kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang disampaikan oleh semua peserta.

Selain Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, juri MLM 2021 turut menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan Diana Danielle.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: