17 October 2021

NETIZEN PERSOAL 'MAKAN BESAR' DI GAZA - INI JAWAB NADIR



"Bayangkan diri sendiri makan mewah dekat restoran di bandar Gaza sedangkan ada orang sana yang still tak cukup makan. Lepas tu bandingkan orang malaysia balik kampung dengan orang palestin yang dah 73 tahun dijajah," tulis sebahagian netizen yang mempersoal tindakan aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri 'makan besar' di Gaza.

Isu restoran mewah itu tercetus selepas Nadir cuba menasihati rakyat Malaysia supaya tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun tidak pulang ke kampung.

Nadir juga turut ada menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman. Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.

Bagaimanapun, Nadir telah tampil membalas kenyataan sesetengah netizen yang mendakwa dia menjamu selera di sebuah restoran mewah biarpun ketika ini ramai penduduk palestin terpaksa kelaparan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Nadir, dia tidak tersentak dengan sebarang komen tersebut terutama buat mereka yang baru mengenalinya. Jelas Nadir, dia juga tidak kisah jika orang ramai terus memberi komen atau menghinanya.

"Saya ok je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun. Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut.

"Tempat ni nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je. Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kalian semua," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: