Bagi setiap penyanyi, pastinya mahu memiliki mikrofon sendiri. Begitu jugalah dengan penyanyi Aina Abdul apabila dia sanggup membelanjakan kira-kira puluhan ribu ringgit demi mikrofon yang ditempah khas. Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, berkata, perkara itu sudah diimpikan sejak 2019 lagi.
"Ini mikrofon pertama saya beli. Ikutkan dari 2019 sudah sampaikan hajat dengan pembekal mikrofon, tapi baru tahun ini cukup duit untuk beli. Mikrofon ini juga ditempah khas atau 'custom made'. Saya pilih warna biru sebab memang minat warna itu. Harga sebenar pula, biarlah rahsia," ujarnya.
Aina yang popular menerusi lagu 'Sumpah' berkata, dia tidak sabar menggunakan mikrofon itu pada persembahan pertamanya di Istana Budaya pada 6 November ini selepas aktiviti persembahan dan hiburan dibenarkan.
"Insya-Allah buat pertama kali gunakan mikrofon ini dalam nyanyian secara langsung. Saya sudah buat percubaan selepas mikrofon ini sampai. Memang puas hati dan 'best'. Alasan kenapa saya beli mikrofon sendiri adalah sebagai keperluan untuk bekerja, kepuasan diri, penghargaan pada diri dan untuk jenama sendiri," katanya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment