12 October 2021

ERRA FAZIRA: "AGAKNYA, JODOH SEBENAR DAH NAK DEKAT... KATA-KATA ITU DOA"



Sebelum ini, penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Erra Fazira menafikan dia sudah berkahwin lagi sebagai isteri kedua Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Sebaliknya, Erra menjelaskan statusnya masih lagi ibu tunggal.

Terkini, dalam ruangan komen di Instagram bekas Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil, Erra telah meluahkan bahawa dirinya turut menjadi 'sasaran' banyak pihak selepas tular berita tersebut.

Dalam komen sama, Erra juga meluahkan rasa penat untuk menjawab pelbagai pertanyaan mengenai perkara itu, namun menganggap setiap kata-kata itu sebagai doa.

Klik untuk gambar besar



"Sabar sekejap ya abang. Tuan punya badan pun naik 'lunyai' kena tanya. Dah jawab pun, mereka tanya lagi. Tak apa abang. Agaknya, jodoh sebenar dah nak dekat dah sebab orang cakap, kata-kata itu doa," tulisnya.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 tetapi turut berakhir dengan perceraian pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: