12 October 2021

BILA FESYEN BULU-BULU AMEERA KHAN DISAMAKAN DENGAN KARPET NILAI 3



Adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini, perkongsian Ameera menjadi perhatian apabila tampil dengan fesyen bulu-bulu daripada jenama terkemuka MiuMiu. Namun, lain pula yang dilihat oleh netizen apabila menyamakan baju bulu-bulu yang dipakai oleh Ameera itu dengan karpet di Nilai 3.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan fesyen yang digayakan oleh Ameera itu agak pelik apatah lagi tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia. Dalam pada itu, seperti sudah dijangka ada yang mempersoalkan gaya topi yang dipakai memandangkan dia sudah berhijab.

Ameera sebelum ini pernah berhijab, namun membuat keputusana untuk membuka tudung. Bagaimanapun Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa dan PU Riz.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: