12 October 2021

AL-FATIHAH - ANAK PEREMPUAN SAFURA YAACOB KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob, 48, atas pemergian anaknya, Noor Shafiela, yang meninggal dunia semalam. Berita duka tersebut dikongsikan Safura menerusi laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anakku Noor Shafiela di dalam syurga Allah, amin," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Safura turut memuat naik gambar anaknya itu dan gambar keranda yang memuatkan jenazah anaknya itu di dalam van jenazah.

Hantaran itu kemudian membuatkan ramai turut sama bersedih dengan pemergian anaknya itu. Bagaimanapun, Safura tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian anaknya itu.

Klik untuk gambar besar



Ruangan komen penyanyi yang dikenali dengan lagu 'Sedalam Mana Cintamu' itu turut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada pengikutnya dan rakan selebriti.

Selain itu, Safura turut memiliki dua anak iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi hasil perkahwinan terdahulu. Pada 1998 Safura berkahwin dengan anggota kumpulan Kool, Hairie Yaacob.

Safura kemudian bertemu jodoh dengan pelakon Sahronizam Noor pada 2005 dan dikurniakan empat anak iaitu Yusoff Firdaus, 12; Zara Nur Aisyah, 11; Ariana Sofia, 7; dan Nur Aisyah Mariam. Bagaimanapun, Nur Aisyah meninggal dunia ketika berusia tiga tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: