10 October 2021

ISTERI SHUK: "SUKA HATILAH NAK CAKAP AKU MEROYAN KE APA, KAU TAHU APA YANG KAU DAH BUAT"



"Suka hatilah nak cakap aku meroyan ke apa, kau tahu apa yang kau dah buat. Masing-masing ada kegilaan masing-masing. Ada gila menipu. Aku lain. Kegilaan ku kalau hilang sabar lain. Cukuplah tu. Aku pun tahu setiap proses orang lain, ada cepat ada lambat. Aku lambat sikit sebab bodoh.

"Tapi Alhamdulillah lambat tapi Allah hantar kekuatan dan bukti," demikian kata isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera yang tetap tenang dengan apa yang berlaku dan mempunyai dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini.

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Shuk apabila isterinya memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial. Sera turut meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

Terdahulu, Shuk mengakui berlaku salah faham antara dirinya dengan isteri namun ianya tidak serius. Difahamkan, Shuk kini berada di Pulau Pinang kerana ada penggambaran dan bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: