Sejak awal bulan ini, desas-desus mengatakan pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Kamal, 35, yang menjelaskan dia dan Uqasha, 29, terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetujui awal.
Malah, akan mengendalikan program terbaharu, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) siaran TV3 bermula 31 Oktober ini. Dalam masa sama, Kamal menegaskan, dia tidak akan berkahwin sehingga program LCK3 selesai.
"Sekarang, saya dan Uqasha masih membuat persiapan perkahwinan. Jadi, kami tidak akan berkahwin selagi program LCK3 masih berjalan mahupun sudah selesai," katanya.
Terdahulu, gosip Kamal dan Uqasha bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan ini bertiup kencang dalam media sosial. Desas-desus dikuatkan lagi dengan majlis parti bujang meraikan Uqasha bertemakan gaya Sepanyol yang berlangsung di sebuah kediaman di ibu kota pada 6 Oktober lalu.
Klik untuk gambar besar
Meskipun diasak, pelakon drama 'Duda Pujaan Dara' dan 'Perempuan Tanpa Dosa' itu cuba mengelak daripada memberitahu tarikh perkahwinan yang ditetapkan.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu. Sebelum itu, Kamal melamar Uqasha secara terbuka di satu pentas anugerah pada Disember, tahun lalu.
Pasangan ini turut berentap dalam kelompok Top 5 bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular menerusi drama 'Perempuan Tanpa Dosa' pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
________________________
No comments:
Post a Comment