01 October 2021

MASALAH BUAH PINGGANG KRONIK - ANAK SHAHROL SHIRO SELAMAT DIBEDAH



"Pembedahan berlangsung dari jam jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Sekarang keadaan dia pun masih 'mamai'. Namun, semuanya berjalan lancar dan dia tidak perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Cuma perlu ke wad biasa dan pakar bedah akan buat penjelasan susulan kelak," kata isteri pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Shamimi atau Anna mengenai anaknya iaitu Ismail Rifqi berusia 10 bulan yang kini telah selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di pusat perubatan di Subang Jaya, hari ini.

Anna ketika dihubungi berkata, proses pembedahan berlangsung lima jam dan dia sedikit lega serta bersyukur pembedahan itu selesai dan berjalan lancar. Menurutnya, sebelum ini hatinya tidak tenteram kerana terlalu bimbangkan Ismail.

"Bermula dari hantar Ismail ke bilik pembedahan, hati rasa sayu, gelisah dan serba-serbi tak kena. Nak rehatkan diri tapi kepala fikirkan Ismail.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang sudah tahu semua selamat, Alhamdulillah hati rasa tenang. Cuma nak kena jaga dia lebih rapi sebab dia akan rasa sedikit sakit di bahagian dibedah," ujarnya.

Tambah Anna, Shahrol tidak dapat menemaninya disebabkan prosedur Covid-19. Namun, suaminya itu setia menanti dalam kereta di luar hospital sepanjang pembedahan itu.

Terdahulu, isteri Shahrol itu meluahkan hatinya luluh apabila terpaksa melihat bayinya yang masih kecil menderita masalah buah pinggang kronik.

Menurutnya, kos pembedahan itu dianggarkan sekitar RM40,000 hingga RM45,000 dan ia dilakukan di hospital terbabit kerana ada doktor pakar buah pinggang kanak-kanak.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: