05 October 2021

NORA DANISH ANGGAP SEKSI ITU SUBJEKTIF, MAHU JADI DIRI SENDIRI



"Perkataan seksi sangat subjektif. Ada kala apabila nampak kereta 'sport' melintas di depan mata, secara spontan terlintas dalam fikiran seksinya, sambil memuji reka bentuk. Apa yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri.

"Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua. Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang asyik nak kecam, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya," ujar pelakon Nora Danish.

Baru-baru ini, nama Nora hangat diperkatakan dan dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto 'daring' ketika bercuti di pulau Langkawi.

Klik untuk gambar besar



Susulan itu, Nora bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya. Namun Nora membuka semula ruangan komen sebaik berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, ramai mengecam penampilan Nora ketika bercuti di Langkawi yang dilihat agak seksi dan dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: