16 October 2021

PEMILIHAN JURI MLM 2021 - SHAHROL TAMPIL PERSOALKAN, BANDING DENGAN INDONESIA



"Hadir menonton live dari rumah menyokong sahabat-sahabat yang bertanding musim terbaru Maharajalawak Mega 2021. Tidak meletakkan high expectations kerana semua kumpulan baru dibentuk walau ada peserta lama. Gelak tawa sedikit suram kerana penonton yang kurang atas faktor SOP.

"Ada satu isu yang sering dibangkitkan dari dahulu ialah juri. Sepatutnya juri adalah mereka dari kalangan pelawak atau yang mempunyai pengalaman pernah buat persembahan di atas pentas kerana mereka lebih arif dan boleh memberi teguran yang boleh membina supaya peserta tahu di mana kesilapan.

"Dengan itu kualiti persembahan boleh ditingkatkan dari peserta di minggu hadapan. Jika dibandingkan program pertandingan komedi di Indonesia, jurinya semua berpengalaman luas dalam bidang komedi jadi mereka tahu kesilapan dan memberi teguran yang membina. Jadi peserta dapat memperbaiki jadi yang lebih baik minggu hadapan.

Klik untuk gambar besar



"Tapi bila dilihat program nyanyian seperti Gegar Vaganza semua juri memang power dalam bidang muzik seperti Dato Ramli MS dan lain-lain. Kalau nak rating amik la Zul Ariffin 😏. Jangan marah, cuma teguran sejak dulu dan niat saya nak lihat kualiti komedi Malaysia boleh setara Indonesia malah lebih baik lagi 🙏," itulah luahan pendapat pelawak Shahrol Shiro yang tampil mempersoalkan barisan juri Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang sepatutnya dipilih dalam kalangan pelawak berpengalaman.

Jelasnya, perkara ini sememangnya menjadi isu setiap kali MLM berlangsung. Menurutnya, teguran juri yang berpengalaman membantu peserta membetulkan kesilapan serta kualiti persembahan. Dengan cara itu, kualiti lawak peserta boleh ditingkatkan pada persembahan minggu berikutnya.



Shahrol turut memuji barisan juri pertandingan program komedi Indonesia yang terdiri daripada 'otai' dalam bidang lawak. Mereka mengkritik dan memberitahu di mana kesalahan berlandaskan pengalaman mereka agar peserta Stand Up Comedy Indonesia. Jika dilihat, profil mereka ini bukan 'kaleng-kaleng', salah seorang daripada juri pernah membuat persembahan stand up komedi di 24 kota di lima benua dunia.

Maka dari itu, Shahrol mencari kualiti dalam sebuah kritikan. Jika persembahan itu bagus, juri haruslah memujinya. Jika tidak bagus, juri harus menjelaskan apa yang perlu diperbetulkan. Dia memberi gambaran bagaimana jika pemain bola sepak profesional meminta komen dan nasihat daripada mak andam. Nasihat yang diterima mestilah berkaitan dengan solekan sebelum masuk ke padang.

"Kualiti sebuah kritikan. Jika bagus dipuji jika salah dibetulkan. Beritahu apa yang salah agar dapat diperbetulkan agar menjadi lebih baik atas pengalaman dan ilmu selari dengan bidang. Analoginya apa akan jadi jika pemain bola sepak profesional tapi minta komen dan nasihat dari seorang mak andam? Jawapannya disuruh mekap dan 'touch up' sebelum masuk padang, jangan lupa bawa kotak tisu senang nak lap peluh nanti," tulisnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: