23 October 2021

SELAMAT BERSALIN - 'HAIDER MATEEN' NAMA ANAK KEDUA ELLY MAZLEIN



"Assalamualaikum.. Alhamdulillah kak pom selamat bersalin pada 23 October 2021, Jam 12.23 pagi tadi.. Alhamdulillah mama & Haider sihat. Tq segala Doa, Tq Abah, Somi & Manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin.. Alhamdulillah kite ada org baru.. bertambah sorang lagi dalam keluarga comel kite.. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

"Untuk team @andorrahospitalofficial kursus buat Doc Khamsiah, Doc Mariam, Doc yang penah check kak lina dan nurses tq tq tq.. Memang hebat layanan diberikan.. rasa terharu malam tadi, sebelum bersalin.. Somi, Umi dan Nurses membaca Surah Yasin, bagi ayat memudahkan bersalin dan Doakan kak lina agar proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan.. memang Allah permudahkan.. Syukur.. Cepat Haider nak jumpa Papa Mama.. sangat sekejap.. Alhamdulillah Syukur

"Dengan ini kak lina nak memperkenalkan anak ke 2 kak Lina.. Haider Mateen Bin Mohamad Azlan, Assalamualaikum Haider.. Welcome to the world our little bundle of joy.. #PutriSaraSefhiaAzlan #HaiderMateenAzlan #2Cinta," demikian tulis penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat malahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 12.23 pagi tadi.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada 18 Januari tahun lalu. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Tahniah diucapkan!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: