22 October 2021

SELEPAS 10 BULAN DILAHIRKAN - BAPA ZAHIRAH SEBAK PERTAMA KALI BERTEMU CUCU



"Isaac finally meets his Grandpa for the first time & Grandpa finaly meets his first grandchild 🤍," tulis pelakon Zahirah Macwilson yang memuat naik video pertemuan pertama bapanya, pelakon Zainol Macwilson dengan cucu, Isaac Raees.

Umum mengetahui, Zahirah dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza menimang cahaya mata sulung mereka di Perth Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini pulang ke Malaysia setelah usia anak mereka mencecah tiga bulan. Namun begitu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zahirah tidak dapat membawa anaknya itu berjumpa bapanya yang kini tinggal di Perlis.

Terkini, selepas pengumuman aktiviti rentas negeri telah pun dibenarkan, pasangan ini mengambil peluang membawa Isaac berjumpa dengan datuknya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada perkongsian video tersebut, bapa Zahirah tidak dapat menahan sebak apabila pertama kali bertemu cucu selepas 10 bulan dilahirkan. Zainol dilihat menitiskan air mata apabila mendukung Isaac dan berpaluang mencium cucu sulungnya itu selepas sekian lama menanti.

Perkongsian Zahirah itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut tumpang gembira dengan pertemuan tersebut lebih-lebih lagi Isaac yang dilihat sangat manja.

Sebelum ini, Zahirah membuat keputusan untuk melahirkan cahaya mata di Perth, Australia memandangkan ibunya menetap di sana. Untuk makluman, ibu dan bapa Zahirah telah pun berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri.



























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: