22 October 2021

SUKAR BERI KOMITMEN - HAFIZ HAMIDUN PUTUS DENGAN KEKASIH SEBERANG



"Hubungan dengan orang seberang sudah terputus. Disebabkan Covid-19, membataskan saya untuk bertemu dengan sesiapa. Jadi, komitmen terhadap hubungan jarak jauh tidak boleh diteruskan.

"Susah sebenarnya, adalah lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan keluarga kecil saya sekarang," kata penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun yang mendedahkan hubungannya dengan seorang selebriti media sosial Indonesia sudah pun berakhir.

Hafiz berkata hubungannya dengan wanita berstatus janda yang dikenali sejak 2019 itu tidak dapat diteruskan kerana sukar memberi komitmen hubungan jarak jauh.

Klik untuk gambar besar



Hafiz yang mengakui tidak serik dan terbuka andai dipertemukan dengan mana-mana wanita itu bagaimanapun menetapkan syarat buat bakal isterinya dimana dia harus menerima anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz kini berusia setahun lebih.

"Sekarang bukan terima saya sahaja, tetapi Hamdee juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.

"Keluarga saya sudah tentu mengenalinya daripada kecil, kalau ada orang mahu berkahwin dengan saya, mana tahu kalau ada jodoh, dia (wanita) memang kena terima bukan saja saya, keluarga, tetapi paling penting Hamdee," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: