03 October 2021

"WANITA PERTAMA & TERAKHIR YANG SAYA SENTUH" - KOMEN IQBAL BUAT NETIZEN KELIRU, TERTANYA



Kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal nampaknya masih lagi diperkatakan dan kali ini, berhubung komen yang ditinggalkan Iqbal di IG Live Vida ketika mempromosikan produk-produknya serta berinteraksi bersama peminat.

Malah, Iqbal juga turut masuk ke live IG itu dengan muka masam dan langsung tidak bersuara. Kata Iqbal, Vida merupakan wanita pertama dan terakhir yang disentuhnya. Ujar Iqbal lagi, disebabkan itu juga, dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang didakwa netizen.

Seperti sudah dijangka, komen Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengatakan kenyataan Iqbal itu boleh mengundang fitnah.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, menerusi Insta Story Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

Iqbal juga turut berkata drama Vida yang tidak berhenti mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterluan serta meminta usahawan itu berhenti menipu orang ramai.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: