25 November 2021

FAZLEY YAAKOB: "SAYA SUKA BACA KECAMAN... TANDA ORANG AMBIL PEDULI"



"Kecaman daripada netizen memang sudah jangka dan saya tahu itulah perkara pertama saya perlu persiapkan diri bila bertanding di pentas GV8. Saya sedar dalam program itu kita adalah 'milik' penonton 200 peratus. Saya sendiri maklum tidak dapat buat dengan baik kerana perasaan gementar yang sangat kuat.

"Menyanyi di dinner show berbeza bila menyanyi di kaca TV. Apa pun ini menjadi proses penambahbaikan buat saya. Saya anggap kritikan atau kecaman sebagai pembakar semangat. Saya suka baca kecaman kerana ia tanda orang ambil peduli," itulah kata penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob yang akui sudah sedia berdepan segala kritikan.

Mengakui persembahan pertamanya itu tidak berapa baik selepas nyanyian di minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 dikritik sumbang oleh netizen, Fazley berkata ia kerana dia terlalu gemuruh apatah lagi sudah lama tidak menyanyi di pentas besar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Fazley berkata percubaannya dalam mengatasi perasaan gemuruh dianggap sebagai satu kejayaan apabila ramai terubat melihatnya membuat persembahan di atas pentas.

"Nak hilangkan rasa gementar itu bagi saya tak mudah. Tapi untuk saya pegang mikrofon dan menyanyi atas pentas itu sudah dianggap sebagai kejayaan pertama untuk saya," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: