25 November 2021

AMELINA TERIMA UCAPAN TAHNIAH, DISANGKA KAHWIN LAGI: "SAYA AKAN BUAT GRAND..."



Baru-baru ini, seorang jurumekap telah berkongsi video memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen 'selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita'.

Gara-gara perkongsian video tersebut, peminat Amelina telah tertanya-tanya sama ada benar penyanyi lagu 'Asyik' itu mengikut jejak pelakon Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda. Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu.

"Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru. Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina," antara respon dan reaksi netizen.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi media memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama.

"Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral. Kalau betul kahwin saya akan buat grand... tak ada la pelamin macam itu," katanya.

Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih trauma dengan kegagalan rumah tangga dahulu.



"Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali. Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan. Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

"Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit! Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara.

"Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah," ujar Amelina yang dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur' Athirah, 20; Putera Al' Affiq, 19; Putera Al' Asyraff, 18; Puteri Nur' Asyurah, 16; Putera Al' Arffa, 14; dan Putera Al' Amzar, 12, hasil perkahwinan terdahulu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: