02 November 2021

GENAP SEBULAN ARWAH MAK PERGI - ALI LUAH RINDU, RASA SUNYI



"Genap sebulan mak pergi…Rindu mak yang teramat rindu... Sunyi je tanpa mak... Dah tak ada tempat bermanja dengan mak… Doa angah sentiasa ada buat mak..." coret pelawak Ali Puteh menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya mengungkapkan ketiadaan ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2021) itu masih lagi cuba untuk membiasakan diri dengan pemergian ibu kesayangannya. Selain ibunya, Ali juga menerusi hantaran yang lain turut menyatakan rasa rindunya terhadap arwah abangnya, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan.

"Jujur aku katakan... Dari hati kecil yang menahan... Rindu yang tiada berteman... 2 gerakan 1 tarian dimainkan... Permainan dipersembahkan... Gembira kita berpelukan... Tapi kini aku sendirian... Hanya kenangan yang diungkapkan…

Klik untuk gambar besar



"Jauh dari sudut hati... Bila bermain berhati hati... Gerak tari itu seni... Jangan mengalah terus mencari... Itu ungkapan kau dibelakang tabir seri... Supaya teguh terus berdiri...

"Kini sendirian mengatur gerak... Kembang mewarnai bak burung merak... Tiada lagi suara dan atur gerak... Terus bergerak di layar perak... Betul kata kau... Berhati hati dengan suara palsu... Bezakan bunga dengan pasu... Terus berjalan mengatur waktu... Niat diutamakan hanya yg satu..." tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: