02 November 2021

MENTANG-MENTANG KAYA - AKSI IQBAL MEMIJAK-MIJAK DUIT MEMBUAT RAMAI BENGANG



Baru sahaja semalam Iqbal Zulkifli melancarkan lagu singlenya berjudul Hujan, yang sudah ditonton lebih 400 ribu warga maya di YouTube, terkini aksi orang kaya itu memijak-mijak wang dalam nilai RM50 yang berterabur mendapat kritikan dan kutukan ramai.

Video tersebut meskipun dirakam sebelum pelancaran lagu singlenya, namun ia menjadi tular dan amat dibenci oleh netizen kerana dianggap tidak bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT.

Difahamkan, ia berlaku ketika sesi temubual dengan wartawan baru-baru ini di mana Iqbal pada mulanya mencampak duit berkepuk-kepuk dihadapan wartawan tersebut sebelum kemudiannya dia menyepak dan memijak duit yang bertaburan di atas lantai selepas selesai.

Klik untuk gambar besar



Kita memang sedia maklum yang Iqbal mendakwa dirinya kaya dan mempunyai harta berjuta, namun itu bukan sikap yang baik jika bongkak dan memperlekehkan rezeki bertimbun.

Mana tahu mungkin satu hari nanti Allah tarik balik apa yang kita ada... sebab ia boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedar. Tak gitu?

KLIK LINK UNTUK TONTON VIDEO: https://fb.watch/90EDwEDWMb/

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: