02 November 2021

STAND BY ME DOREMON 2 - AKSI NOBITA BERKAHWIN DENGAN SHIZUKA BUAT PEMINAT SEDIH & TERUJA



Stand By Me Doraemon 2, akhirnya menemui penonton dan peminat di Malaysia terus ke Pawagam Rumah Anda yang dibawakan oleh Astro First, saluran 480 bermula 4 November ini.

Ia bersempena ulang tahun ke 50 tahun Doraemon, di mana pihak produksinya telah menghasilkan sekuel kepada filem Stand By Me Doraemon (2014), iaitu Stand By Me Doraemon 2. Filem ini telah pun ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya menjadi filem kedua dengan kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pembukaannya, di samping tersenarai dalam top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020.

Stand By Me Doraemon 2 mengisahkan tentang Nobita merentas masa lampau untuk bertemu neneknya, dan kemudian mendorong Nobita dan Doraemon untuk melihat Nobita sewaktu dewasa di saat bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan Shizuka.

Klik untuk gambar besar



Pengajaran diselitkan menerusi watak utamanya Nobita. Mungkin selama ini watak Nobita amat sinonim dengan karakter yang kurang keyakinan diri dan sering dibuli, tetapi di dalam filem ini menyaksikan bagaimana karakter tersebut mengubah masa depan Nobita.

Selain itu, filem ini juga menerima komen positif daripada penonton serta peminat setia Doraemon. Komen yang paling banyak memenuhi ruang media sosial adalah filem Stand By Me Doreaemon 2 penuh dengan emosi yang menyentuh perasaan.

Untuk info, filem ini diarahkan oleh dua pengarah animasi hebat di Jepun, Takashi Yamazaki (Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Japanese Academy Awards pada 2006) dan Ryuichi Yagi, yang mana mereka juga merupakan pengarah yang sama untuk filem prekuel, Stand By Me. Takashi Yamazaki amat terkenal dengan mengarahkan animasi terbaik, antaranya ‘Parasyte’ dan ‘Space Battleship Yamato’.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: