02 November 2021

"MUJUR ABAM TAK SEMPAT BERLEPAS KE LANGKAWI ESOK..." - SHAHRULEZAD POSITIF



"Akhirnya abam terciduk jua. Alhamdullilah. Ceritanya macam ni. Last week one of my staff demam. Then abam suruh dia buat saliva test/antigen tu. Turn out the result is NEGATIVE! So disebabkan negative kita org ingat dia just viral fever macam biasa jer. So kita org buat kerja macam biasa. Keluar masuk office jumpa orang nak settlekan a few project drama yg bergerak serentak.

"But something happened last few days bila tiba tiba one of my production manager demam jugak. Dan dia banyak habiskan masa bersama staff abam ni nak siapkan kerja. Masa ni abam dah start tak sedap hati. Dan abam suruh derang terus buat RPK test atau PCR test. Come out dua dua POSITIVE! So bila dah tahu derang positive abam dan abam Fazli Hj Baharom terus bergegas buat RPK test kat klinik bawah opis kita orang. And the result masa tu Alhamdullilah both of us NEGATIVE. So abam take over kejer dua staff abg yg POSITIVE tu. Pergi set aturkan supaya semua crew dan cast buat RPK terus. Tak payah saliva test lagi. Alhamdullilah semua NEGATIVE.

"Cuma nak dijadikan cerita abam yg negative pada awalnya ni tetiba rasa tak sedap badan start semalam lagi. Abam telan actifast pun demam macam tu jugak. Dan hari ni seblm masuk office dan turun set abam decide buat sekali lagi RPK test. Dan Alhamdullilah abam rupanya positive. Dan sekarang semua staff Radiusone tgh dok beratur kat depan klinik tu kena buat RPK test sekali lagi. Abam takut kalau benda ni makin merebak.

"Apa yg abam belajar di sini. Kalau korang dah start tak sedap badan terus buat RPK atau PCR test terus!!! Jangan percaya sangat dengan saliva/antigen test tu. Gara2 percaya kan saliva test tu lah dah tak pasal pasal abam dan staff pertama terkena tu jadi pembawa virus Covid tanpa kita sedar.

Klik untuuk gambar besar



"So guys hati hati okie. Badan tak sedap jer terus ke klinik. Jangan makan actifast ker apa kejadah ker. Terus serah lobang hidung korang pada doktor utk diperiksa. *Mujur abam tak sempat berlepas ke Langkawi esok nak lawat set abam satu lagi di sana. Kalau tak. Tak pasal2 abam kena kuarantin kat sana pulak. Huhuhu," demikian tulis pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin menerusi laman Instagram.

Memetik Harian Metro, Shahrulezad telah mengambil keputusan untuk menghentikan penggambaran drama 'Khilaf Asmara' selepas dia dan dua pekerja di syarikat produksinya, Radius One disahkan positif Covid-19. Shahrulezad ketika dihubungi berkata, keputusan itu dibuat untuk mengelakkan sebarang penularan di set penggambaran itu dan membabitkan pelakon serta kru.

"Saya ingin memaklumkan bahawa penggambaran Khilaf Asmara dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu. Buat masa sekarang, pelakon dan kru produksi masih lagi negatif, tapi langkah ini diambil untuk mengelakkan sebarang penularan," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: