26 November 2021

MUNCUL DI SEPAHTU REUNION LIVE 2021 AKHIR - SHUIB BUAT AHLINYA TERGAMAM, NETIZEN LUAH SEDIH



Episod akhir program komedi Sepahtu Reunion Live 2021 pada malam tadi telah mengundang rasa sebak wargamaya apabila pelawak Shuib tiba-tiba membuat kemunculan dalam rancangan tersebut.

Dengan judul 'Mencari Sepatu Yang Hilang', sedutan babak kemunculan Shuib turut tular di platform TikTok di mana rata-rata wargamaya mahukan suami kepada Allahyarham Siti Sarah itu kembali bersama kumpulan lawak terbabit.

Menerusi perkongsian video yang berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan Shuib membuat kemunculan dengan keluar daripada lif sehingga membuatkan Jep, Pak Ya tergamam dan Rahim bangun kegembiraan.

Selain Shuib, antara selebriti lain yang diundang sebagai pelakon jemputan adalah penyanyi Wany Hasrita, Khai Bahar dan pelawak Ebby Yus. Sekadar info, bintang-bintang utama Sepahtu Reunion Live tidak mengetahui siapakah pelakon jemputan dan cameo yang akan diundang untuk setiap episod sehinggalah mereka muncul sewaktu siaran langsung.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak sehingga mengalirkan air mata melihat kemunculan Shuib bersempena episod terakhir musim ini. Malah, reaksi Jep, Pak Ya dan Rahim sewaktu pertama kali melihat Shuib muncul di pentas utama juga membuatkan mereka tidak dapat menahan sedih.

"@shah hilmi29: Rahim dengan Jep muka tahan sebak tengok Shuib masuk" - "@berteha-teha: Pehal aku sedih bila tengok dia masuk… Tapi sekurang-kurangnya dia boleh lupa sikit masalah dia"

"@nik Kay: Tengok tadi... sebak jugak masa dia masuk…semua penonton berdiri tepuk tangan… teringat Siti Sarah... Moga Shuib kuat" - "@KIDNA: Saya tiba-tiba sedih tengok Shuib... Teringat setiap kali rancangan Sepahtu mesti arwah ada di situ"



"@airudin addin: Dah lama wei tunggu Shuib… Dia ni melawak sempoi, santai-santai je... Rindu gila nak tengok Shuib atas pentas" - "@_fikashafika: Shuib keluar sebak meremang guys!!!" - "@Aishh: Aku nak nangis doh tahan air mata dia keluar aku yang sebak, part dia start bercakap je teringat lawak-lawak dia sebelum ni"

Sementara itu, menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi beberapa keping foto bersama anggota Sepahtu iaitu Jep, Rahim dan Pak Ya untuk tatapan umum.

Tidak hanya Shuib, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 36, turut sama memuat naik foto yang sama di laman Instagram miliknya.

Pada Januari 2021, Shuib membuat pengumuman mengundurkan diri daripada dunia seni kerana ingin berehat dan menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: