26 November 2021

ANAK BONGSU HIDAP SINDROM PRADER WILLY SELAMAT DIBEDAH - OKI SETIANA DEWI MOHON DOA



Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi, 32, sebelum ini telah berkongsi keadaan anak bongsu, Sulaiman dimana bayi berkenaan menghidap sindrom Prader Willy (PWS).

Sulaiman yang berusia setahun memerlukan lebih perhatian untuk membolehkannya membesar seiring dengan bayi seusianya. Sebagai ibu, Oki sentiasa bersabar membesarkan anaknya ini. Dia juga bersyukur terhadap pembesaran Sulaiman sehingga kini.

Semalam, Sulaiman dimasukkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan, namun perkembangan selanjutnya belum diketahui. Oki meminta agar warganet mendoakan kesihatan dan kesembuhan segera untuk Sulaiman. Warganet meluahkan rasa simpati, selain mendoakan kesejahteraan buat anak Oki.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Oki yang mendirikan rumah tangga dengan Ory Vitrio pada 2013 itu selamat melahirkan anak keempatnya ini di Hospital Ibu dan Anak Bina Medika, Bintaro, Jakarta pada 16 November tahun lalu.

Ketika dilahirkan, Sulaiman mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Dia juga menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sejak trimester pertama kehamilan, bekas juri program Gema GegaVaganza itu terpaksa menggunakan kerusi roda kerana paras HB rendah. Ketika itu, bayi kandungannya juga kecil.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: