26 November 2021

BILA IQBAL PLAN BERHIJRAH KE INDONESIA, BELI RUMAH DI JAKARTA



"Pada 26 November saya akan berangkat ke Jakarta, Indonesia, ada urusan kerja dan jumpa orang dan mungkin untuk mencari ketenangan di luar Malaysia sekejap. Cuma nak beralih sekejap, cari udara luar.

"Sepatutnya tiket saya 18 November cuma tiket terbatal dan rugi RM6,000 kerana masalah visa. Saya tak tahu visa itu serius untuk keluar ke Indonesia, jadi urusan bertukar tarikh.

"Saya sentiasa serius dengan apa saya buat, cuma sedikit sebanyak ada terkesan di hati. Untuk saya berhijrah, bukan kerana merajuk atau koyak dengan netizen semata-mata cuma ada perkara besar yang bertubi-tubi.

"Jadi, pertanyaan saya, ada tak kenal orang di Indonesia saya nak beli atau sewa dalam jangka masa panjang. Kalau boleh nak beli rumah di bandar Jakarta, tidak terlalu besar asalkan selesa. Tiga bilik pun dah okey.

Klik untuk gambar besar



"Saya rasa saya akan jadikan Jakarta rumah kedua saya, tempat untuk saya ulang-alik, sebab di sana ada peluang bisnes. Di Indonesia nanti saya tak boleh nak kata berapa lama. Cuma saya berharap saya nak berada lama di sana, ibu saya pun baru meninggal dunia, saya tiada sesiapa, adik beradik saya pun semua dah berjaya.

"Doakan saya, minta maaf atas apa yang berlaku. Di sana akan ada pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan penginapan seperti di Malaysia juga. Saya harap kali ini jadilah," itulah kata usahawan sensasi yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli dimana dia memaklumkan bakal berangkat ke negara jiran, Indonesia pada hari ini (26 November 2021).

Menerusi siaran langsung di laman Instagram baru-baru ini, Iqbal memberitahu dia berkemungkinan berada di Indonesia dalam tempoh masa yang panjang. Justeru, Iqbal memohon bantuan pengikut media sosialnya untuk membantu dirinya mencari penginapan dalam tempoh masa lama atau kediaman baharu untuk dibeli dan dihuninya.

Selain Indonesia, Iqbal meletakkan sasaran untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah namun keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk dia ke sana. Iqbal bagaimanapun enggan menetapkan tempoh sebenar berada di negara republik itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: