26 November 2021

ABADIKAN LAGU 'TINGGALKAN DIRIKU' - SHUIB DEDAH PERBUALAN TERAKHIR DENGAN ARWAH SITI SARAH



"Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu 'Tinggalkan Diriku' yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

"Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang.

"Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk 'ditidurkan'.

"Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak," demikianlah kata pelawak Shuib Sepahtu.

Klik untuk gambar besar



9 Ogos 2021, bersamaan hari Isnin, antara satu tarikh yang akan dikenang oleh Shuib tatkala isteri yang dikasihnya, Siti Sarah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Kehilangan tersebut meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwa mencengkam sanubari Shuib yang hanya bertemankan suara dan air mata sejak tarikh tersebut.

Lebih sebak, menerusi muzik video berkenaan, Shuib turut mengabadikan beberapa memori dan perbualan terakhir serta berkongsikan rakaman suara perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum arwah isterinya itu ditidurkan.



Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsikan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

'Tinggalkan Diriku' yang kini telah pun berada di Youtube itu merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album 'Mimpi Pun Sama'.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat wabak. Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan bayi kecil mereka, Ayash Affan.

















MV 'TINGGALKAN DIRIKU'



ATAU KLIK LINK DISINI UNTUK TONTON MV 'TINGGALKAN DIRIKU': https://youtu.be/EQeHJDlQBh8


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: